Saturday 24 March 2012

- BELALAI GAJAH

ATAU LEBIH DI KENALI DENGAN 'SABAH SNAKE GRASS'


‘Sabah snake grass’ dikenali sebagai ’Belalai Gajah’ ataupun ’Gendis’ di Indonesia dan ’E Zui Hua’ oleh orang-orang china. . Nama saintifik nya adalah ’Clinacanthus Nutans’ dari famili Acanthaoeae. Ia adalah sejenis tumbuhan herba tempatan dan dipercayai mempunyai khasiat dalam mengubati berbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, Gout, Diabetes Mellitus, pesakit Ginjal, pesakit Dialisis, dan berbagai jenis kanser seperti kanser Leukemia, kanser Payu dara, kanser Paru-paru, kanser Rahim dan kanser Prostate.

Terdapat banyak orang yang mengidap penyakit kanser dan mengambil ‘Sabah snake grass’ dan melaporkan mendapat kesan positif. Antaranya yang dilaporkan didalam akhbar Cina ’Guang Ming Daily’ seorang lelaki cina yang menderita Lymphatic Cancer peringkat ke empat telah mendapat penyembuhan yang ketara setelah mengambil SSG setiap hari.
Beliau telah dirawat dengan Kimoterapi sebanyak 9 kali tetapi keadaan nya semakin terok dan doktor menjangkakan beliau boleh hidup untuk 3 bulan sahaja lagi. Sekarang telah 3 tahun beliau memakan Sabah Snake Grass dan maseh sehat dan merasakan kanser beliau sudah semboh sepenuhnya.
Setiap hari beliau akan mengambil daun segar SSG bersama apple hijau yang di blander sebagai minum pagi nya dan setelah beberapa hari beliau di periksa oleh pakar Ongkologist dengan mengambil sample darahnya. Pakar ongkologist betul-betul terperanjat kerana beliau 96% baik daripada kanser tersebut.

Semasa akhbar ini ditulis terdapat kira-kira 200 orang yang menderita kanser mengalami rasa pemulihan kesihatan akibat dari meminum jus SSG setiap hari.

Disini ada disertakan beberapa pengalaman benar pesakit-pesakit kanser yang merasakan SSG benar-benar telah membantu mengurangkan penderitaan mereka:
1. Seorang lelaki Melayu berumur 54 tahun telah disahkan mengidap perengkat ketiga kanser Paru-paru. Beliau telah menjalani 6 kali rawatan Kimoterapi. Kemudiannya setelah 2 minggu meminum SSG , kesihatan beliau bertambah baik dan saiz kanser paru-parunya mengecil dari 76 mm kepada 67 mm.
2. Seorang wanita berumur 61 tahun mengidap ’kanser Rahim’ yang bersaiz sebesar 6.0 cm. Beliau telah di nasihatkan membuat pembedahan untuk membuang kanser tersebut. Dia mencuba mengambil SSG setiap hari dan setelah 2 minggu beliau pergi semula untuk pemeriksaan dengan doktor. Doktor mangatakan saiz kansernya telah mengecil kepada 3.5 cm dan doktor mencadangkan beliau meneruskan apa yang di ambilnya dan menanguhkan pembedahannya kemidian.

Banyak lagi pengalaman pesakit-pesakit kanser tentang bagaimana SSG membantu mereka mengatasi penderitaan akibat mengidap penyakit kanser pembunoh ini. Kejayaan dan penyembuhan termasuk kepada kanser Prostate, Breast , Lung Cancer and Leukemia.
Pesakit-pesakit ginjal , High Cholesterol, High Blood, High Uric Acid and Diabetes problems juga merasakan pembaikan dan pemulihan setelah mengambil SSG.

Sila ambil perhatian , mungkin banyak pengalaman dan testimonia tentang orang-orang yang berjaya mengatasi penyakit kansernya dengan mengambil SSG, adalah tidak mungkin satu cara rawatan boleh menyembohkan semua jenis kanser.

Setiap orang adalah unik dan berbeza jadi setengah rawatan berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk semua orang. Walau macam mana pun sekira nya anda penderita penyakit kanser dan mencari-cari rawatan alternatif , organic ekstrak SSG ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

No comments:

Post a Comment